1. Penyakit sedia ada
2. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
3. Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
4. Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, semasa sijil masih lagi berkuatkuasa
5. Kecederaan diri sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
6. Peperangan, mogok dan rusuhan
7. Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
8. Kehamilan, keguguran kandungan atau kelahiran anak
9. Gangguan mental atau saraf
10. Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
11. Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
12. Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
13. Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
14. Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
15. Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana undang-undang, badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful lain
16. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, penstrilan, penyakit venereal dan sekuelnya, sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) atau kompleks berkaitan AIDS (ARC) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang
Nota:
Pengecualian di atas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam sijil Takaful
"YOUR HEALTH IS YOUR WEALTH"
No comments:
Post a Comment