MAA

MAA

Sunday, November 23, 2014

Mengapa Penting Kad Perubatan (Medical Card)

Mungkin ada orang yang rasa tak perlu lah ambil kad perubatan ni. Ada yang kata "aku tak sakit, jadi buat apa nak ambil", "syarikat aku cover perubatan semua", "mahal lah nak kena bayar caruman ni" dan macam-macam lagi.

Tetapi mereka tidak sedar yang kos perbelanjaan untuk perubatan sekarang makin lama makin meningkat. Bila dah sakit, syarikat Takaful mana pun takkan cover lagi untuk ambil pelan perubatan tersebut. Syarikat cover pun bergantung juga pada syarikat. Ada yang cover rendah, ada yang tinggi tapi kebanyakan syarikat tak cover selepas persaraan. 

Caruman yang di bayar pun bergantung juga pada pelan yang kita rasa sesuai dengan keperluan. Jika difikirkan mahal, bayangkan jika disahkan menghidapi penyakit kritikal. Masa tu kos rawatan lagi mahal jika nak dibandingkan dengan caruman yang kita bayar. (Rujuk entri saya berkenaan Kepentingan Medica2015 - Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang)

Ramai yang terpaksa jual kereta, pinjam saudara, buat loan dan lain-lain cara untuk menanggung kos rawatan.


Kita tak minta ia terjadi cuma bersedia sebelum terjadi. Jika bukan untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya untuk ahli keluarga kita.

"YOUR HEALTH IS YOUR WEALTH"

No comments:

Post a Comment