MAA

MAA

Wednesday, January 7, 2015

Simpanan Masa Hadapan




Kebiasaannya ramai yang mengambil perlindungan untuk kenderaan dan rumah mereka memandangkan kos untuk mendapatkannya yang agak tinggi TETAPI tidak sedar jika hilang punca pendapatan, siapa pula yang akan menanggung kos perbelanjaan tersebut.


Ada yang terpaksa menjual aset-aset tersebut bagi melunaskan hutang-hutang yang ada terutama jika hilangnya punca pendapatan akibat kehilangan orang menjadi sumber pendapatan keluarga tersebut contohnya kehilangan suami tempat bergantung. 

Pernahkah anda bayangkan apa yang akan berlaku pada ahli keluarga kita terutamanya pada anak-anak jika kita HILANG UPAYA KEKAL, KEMATIAN, KEMALANGAN MAUT dan lain-lain perkara yang tidak diingini menimpa kita. Dimana mereka ingin mendapatkan perbelanjaan harian bagi menampung kehidupan mereka setelah berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita. Adakah sanggup kita membiarkan mereka untuk menjadi peminta sedekah untuk menampung kehidupan mereka.

 

Dengan menyimpan di MAA Takaful, anda bukan sahaja menyimpan demi masa tua anda tetapi juga menyediakan sumber kewangan untuk ahli keluarga yang ditinggalkan andaikata berlaku kematian kepada kita. MAA Takaful juga akan memberi pampasan kepada peserta jika peserta mendapat kehilangan upaya kekal.

Disamping kelebihan tersebut, peserta juga akan menerima manfaat lain seperti pengecualian premium apabila disahkan menghidap 46 jenis penyakit kritikal, manfaat jika kematian akibat kemalangan, ganti pendapatan kerana hilang upaya akibat kemalangan serta pnghospitalan.

Contohnya dengan menyimpan sebanyak RM100/sebulan, anda boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM100,000.00 yang akan diterima oleh pewaris jika berlaku kematian kepada kita. Dengan penerimaan wang tersebut sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban ahli keluarga yang kita tinggalkan. 

Ada yang kata lebih baik menyimpan dalam bank ataupun melabur. Tak salah untuk menyimpan atau membuat pelaburan tetapi dengan simpan sedikit sahaja di MAA Takaful ianya dapat memberi manfaat kepada keluarga kita. 

"BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT"

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya bagi penerangan berkenaan produk MAA Takaful.

No comments:

Post a Comment