Ada yang berhasrat untuk membantu tetapi kekangan perbelanjaan untuk diri dan keluarga menghalang. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa dengan menjadi ahli / peserta di dalam Takaful ia bukan sahaja memberi kebaikan untuk orang yang dilindungi malah untuk ahli lain yang memerlukan.
Bersesuaian dengan maksud Takaful iaitu saling bantu membantu antara sesama ahli yang ditimpa kesusahan. Secara tidak langsung, dengan konsep Takaful ini ia bukan sahaja memberi manfaat perlindungan pada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain yang memerlukan.
Ini juga memberi peluang kepada peserta untuk sama-sama memupuk semangat persaudaraan antara sesama ahli. Wakil atau agensi yang mengendalikan Takaful juga dibayar dari dana sumbangan takaful yang didermakan oleh peserta.
Disini dapat disimpulkan bahawa dengan Takaful, hasrat untuk membantu dapat ditunaikan bahkan peserta juga turut akan dilindungi. Marilah kita bersama-sama untuk membantu mereka yang memerlukan dan mungkin ahli keluarga kita juga akan memerlukannya kelak.
Lindungi lah keluarga anda dengan Takaful disamping membantu mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment