MAA

MAA

Tuesday, December 23, 2014

Apa Saya Dapat Dengan RM60 (Bahagian 3)

Di MAA Takaful, dengan hanya menyimpan sebanyak RM60 sebulan, bermacam-macam faedah yang akan diperolehi.


Antara faedah yang di terima, peserta menerima perlindungan sehingga RM25,000 yang akan diterima oleh pewaris jika kematian kepada peserta tidak kira sebab apapun.

Peserta juga akan menerima pampasan jika ditimpa cacat kekal sehingga RM25,000 dan jika disahkan menghidap antara 46 jenis penyakit kritikal atau bermusim, peserta akan menerima faedah tambahan sehingga RM12,000. Peserta juga akan dikecualikan daripada membayar premium bulanan setelah disahkan menghidap 46 jenis penyakit kritikal.

Peserta juga akan menerima elaun hospital sehingga RM50 sehari. 

Jika tiada masalah yang menimpa peserta, simpanan untuk pencen nanti dapat diperolehi daripada simpanan yang disimpan. 

Dengan hanya RM60 sebulan menyimpan di MAA Takaful, berbagai-bagai manfaat yang diterima. Untuk maklumat lanjut dan bagaimana untuk menyimpan di MAA Takaful bolehlah hubungi saya seperti yang tertera di dalam blog ini.

Segera bertindak demi simpanan dan perlindungan anda. Jika bukan untuk diri anda, ianya mungkin berguna untuk keluarga anda kelak.




Friday, December 19, 2014

Apa Saya Dapat Dengan RM60 (Bahagian 2)

Ramai yang sedar akan kekurangan atau keperluan apabila dah ditimpa masalah tapi masa tu mungkin telah terlambat. Setelah berlakunya masalah baru nak cari jalan penyelesaian mungkin jalan penyelesaian agak sukar berbanding sebelum masalah berlaku. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.


Jika dah hujan baru nak ambil payung, alamatnya basah lencun lah badan. Masa tu banyak lah masa tergendala nak tukar baju lainlah, nak kena tunggu hujan berhenti dulu lah dan mungkin terpaksa batalkan perjalanan ke tempat yang ingin dituju.

Sama juga dengan persediaan simpanan, mestilah mula menyimpan sebelum ditimpa masalah. Ini bermakna jika ada keperluan disaat memerlukan takde lah mencari-cari sehingga ada yang tertekan akibat tak jumpa jalan penyelesaian kewangan tersebut.

bersambung....



Tuesday, December 16, 2014

Apa Saya Dapat Dengan RM60 (Bahagian 1)

Dengan perbelanjaan harian yang semakin lama semakin meningkat pasti ada di kalangan kita yang terpaksa bersengkang mata dan berhempas-pulas untuk mencari sumber pendapatan yang dapat menampung kehidupan harian.

Ada juga yang membelanjakan pendapatan yang diperolehi pada tempat yang tidak sepatutnya. Ada yang berjimat cermat dengan menabung demi perbelanjaan yang diperlukan kelak. Ambil contoh apa yang boleh anda belanjakan dengan nilai serendah RM60 sebulan.

Ada yang membayar bil telefon, melanggan pakej internet, membeli pakaian, belanja dapur dan membelanjakan lebih dari RM60 sebulan membeli rokok.

Ada yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk keperluan yang tidak diperlukan tetapi tidak menyimpan sedikit pun untuk kegunaan apabila memerlukan.

...bersambung


Tuesday, December 2, 2014

Pengenalan TAKAFUL

Banyak di dada akhbar dan ruang-ruang media memaparkan kes-kes memerlukan bantuan untuk menanggung kos perubatan dan mungkin juga ia menimpa kita, keluarga kita, saudara-mara, jiran tetangga atau pun orang sekeliling kita yang kita kenali. 

Ada yang berhasrat untuk membantu tetapi kekangan perbelanjaan untuk diri dan keluarga menghalang. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa dengan menjadi ahli / peserta di dalam Takaful ia bukan sahaja memberi kebaikan untuk orang yang dilindungi malah untuk ahli lain yang memerlukan.

Bersesuaian dengan maksud Takaful iaitu saling bantu membantu antara sesama ahli yang ditimpa kesusahan. Secara tidak langsung, dengan konsep Takaful ini ia bukan sahaja memberi manfaat perlindungan pada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain yang memerlukan.

Ini juga memberi peluang kepada peserta untuk sama-sama memupuk semangat persaudaraan antara  sesama ahli. Wakil atau agensi yang mengendalikan Takaful juga dibayar dari dana sumbangan takaful yang didermakan oleh peserta. 

Disini dapat disimpulkan bahawa dengan Takaful, hasrat untuk membantu dapat ditunaikan bahkan peserta juga turut akan dilindungi. Marilah kita bersama-sama untuk membantu mereka yang memerlukan dan mungkin ahli keluarga kita juga akan memerlukannya kelak.

Lindungi lah keluarga anda dengan Takaful disamping membantu mereka yang memerlukan.